|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

Pentadbiran



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha  Penyayang

Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera  dan Salam 1 Malaysia,

            Alhamdulillah  segala puja dan puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya  kita masih diberi peluang, ruang dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan kita untuk tahun 2013.    Semoga pada tahun baru ini warga SMK Bachok terus dilimpahi kurnia dan rahmat dari Allah SWT dengan kesihatan tubuh badan, kecerdasan minda, ketulusan hati dan keteguhan azam untuk terus menabur bakti pada anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan dan secebis perhatian.

            Menyedari akan perkembangan dan kemajuan teknologi yang semakin maju dan pantas bergerak, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mewujudkan portal sekolah agar jurang teknologi di sekolah ini tidak ketinggalan mengikut arus pemodenan terkini. Portal blog ini juga bertujuan menyalurkan maklumat dan informasi sekolah serta aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Di samping itu juga, portal ini dapat memberi laluan kepada semua pihak, samada PIBG, PPD, JPN, KPM, mahupun PKG untuk memberikan sebarang info atau maklumbalas kepada pihak sekolah. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak dalam menyampaikan maklumat kepada kami melalui saluran ini. Semoga ianya dapat dijadikan panduan serta dapat membantu melicinkan tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita demi pembangunan profesionalisme dalam bidang keguruan yang semakin kompetitif dalam konteks menghadapi cabaran zaman millineum  ini.

             
“Manusia yang bertanggungjawab ialah manusia yang beramanah terhadap                                  Tuhan,negara,masyarakat,dan diri,juga manusia yang produktif, bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas dengan cekap,berkualiti tanpa pembaziran.”
                                                                                    (Huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

            Semoga hasrat murni ini dalam meningkatkan martabat pengurusan bidang pendidikan akan mendapat keredaan dan rahmat Allah jua.
Wassalam.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 (PN. HJH. SABARIAH BINTI HJ. SAIR @MOHAMED)
PENGETUA SMK BACHOK






Baca Lagi....