|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

24 December 2010

SMK Bachok Cemerlang PMR 2010

23 Disember 2010 : YABrs. Tn. Hj. Hussain b. Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan telah sudi bertandang ke SMK Bachok bagi menyampaikan keputusan peperiksaan PMR 2010 kepada 43 calon PMR SMK Bachok yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran. Kehadiran Tn. Hj. Hussain diiringi oleh Ketua-ketua Sektor dan juga PPD Bachok. Beliau mendoakan semoga SMK Bachok terus Cemerlang dan Terbilang sesuai dengan misi dan visi sekolah, SMK Bachok Terbilang Menjelang 2013. Majlis penyampaian keputusan peperiksaan PMR telah diadakan di Dewan Besar SMK Bachok dengan disaksikan oleh semua guru dan kakitangan. Syabas!!!!


Baca Lagi....

Tahniah kepada pelajar PMR 2010

23 Disember 2010 : Satu keputusan yang cemerlang dan amat membanggakan telah dicapai oleh pelajar-pelajar PMR 2010. Seramai 43 orang calon yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan semua dengan memperolehi keputusan 'Straight A' di dalam PMR 2010. Satu keputusan dan hasil yang cemerlang dengan mengekalkan keputusan 100% lulus pada peperiksaan kali ini. SMK Bachok juga telah menjadi sekolah terbaik peringkat PPD Bachok dan juga telah berjaya mendapat tempat Pertama peringkat negeri Kelantan bagi kategori sekolah harian. Sekalung tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada Perancang PMR yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan calon-calon PMR  tahun ini. Syabas dan terima kasih yang tidak berbelah bagi khas buat guru-guru yang bersengkang mata, tidak mengenal erti jemu di dalam mendidik para pelajar bagi menghasilkan kejayaan. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa, Jabatan Pelajaran Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok yang sentiasa berganding bahu, berkerjasama bagi memastikan anak-anak pelajar berjaya di dalam PMR 2010.

Syabas dan Tahniah buat Pengetua, PKP,PK Hem,PK Ko, Guru-guru Kanan, Kaunselor, Perancang PMR,Guru-guru tingkatan 3 dan semua guru di SMK Bachok.


Baca Lagi....

23 December 2010

Keputusan PMR 2010

Pemberitahuan : Kepada para pelajar, keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada hari ini 23 Disember 2010. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah bermula jam 10.00 pagi. Harap maklum.


Baca Lagi....

17 November 2010

Tawaran Kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 sesi 2011

Tingkatan 1

Kepada semua calon UPSR 2010 yang berkelayakan, anda dialu-alukan untuk menyambung persekolahan di SMK Bachok bagi sesi 2010.
Keputusan minima UPSR adalah 3A 2B. Borang permohonan boleh didapati di pejabat SMK Bachok dan juga sekolah masing-masing. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Bachok dengan sebrapa segera.

Tingkatan 4 :

Calon-calon PMR 2010 dipelawa untuk mengikuti persekolahan di SMK Bachok bagi aliran Sains dan Sastera Ikhtisas. Bagi aliran Sains Tulen, calon perlulah mendapat sekurang-kurangnya 4A di dalam peperiksaan PMR. Calon perlu memperolehi A di dalam Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan satu matapelajaran lain.

Bagi aliran Sastera Ikhtisas, calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 3A dengan kepujian di dalam subjek Bahasa Melayu. Pertimbangan khusus akan diberikan kepada pelajar yang aktif dan cemrlang di dalam sukan bolasepak.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat SMKB dan kemukakan permohonan terus kepada Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Harap Maklum.


Baca Lagi....

Tahniah Mohd. Rafiq

Tahniah diucapkan kepada pelajar Pendidikan Khas SMK Bachok, Mohd. Rafiq yang telah mendapat pingat perak dalam acara 800 meter Paralimpik Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Kejohanan tersebut telah diadakan di Selangor pada 7-11 November 2010. Beliau juga telah terpilih di dalam pemilihan mewakili negara ke Paralimpik Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China. Semoga Mohd. Rafiq terpilih mewakili negara dan dapat mengharumkan nama Malaysia serta SMK Bachok. Malaysia Boleh SMKB Boleh!!!!!!!!!


Baca Lagi....

16 November 2010

Selamat bercuti

Sekolah akan mula bercuti pada 17 November 2010. Adalah diharapkan agar semua pelajar dapat memanfaatkan masa cuti dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Cuti sekolah bukan bererti cuti segalanya sebagai seorang pelajar. Para pelajar diharapkan dapat mengisi masa dengan menyediakan diri untuk menghadapi sesi yang akan datang.


Baca Lagi....

Selamat hari Raya Aidiladha 2010

Selamat menyambut hari raya Aidiladha pada 17 November 2010 diucapkan kepada semua warga sekolah. Semoga semua pihak mendapat keberkatan dariNya.


Baca Lagi....

10 November 2010

Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia

10 Nov 2010 - Majlis Penyerahan netbbok 1Malaysia telah dilangsungkan di Dewan SMK Bachok pada hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Dato Dr. Ilias bin Husin. Sebanyak 1500 unit netbook akan diagihkan untuk kawasan Bachok ini. Seramai 145 pelajar daripada SMK Bachok terpilih untuk menerima netbbok ini secara percuma.

Pakej Jalur Lebar Netbook 1 Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) akan/telah melaksanakan Program 1 Malaysia Netbook di kawasan luar bandar yang dikenalpasti di seluruh negara. Sebanyak 84,000 buah Netbook akan dibekalkan kepada pelajar melalui 168 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).
Pakej yang ditawarkan adalah:

* Pakej Wi-fi (Hotspot) dengan Netbook (percuma).
* Harga pakej Wi-fi ialah RM 217.20 setahun.
* RM 11.20 bagi 6 bulan pertama, RM 25.00 bagi 6 bulan berikutnya.
* Tempoh minimum langganan adalah selama 12 bulan.
* Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
* Pendaftaran pakej hendaklah didaftarkan atas nama Bapa/Ibu/Penjaga kepada pelajar.
* TM akan menghantar bil bulanan sebaik sahaja perkhidmatan berjaya diaktifkan.
* Sebarang kekurangan/kecacatan Netbook akan ditanggung oleh pihak pembekal sepanjang tempoh jaminan selama 12 bulan.
* Terma & syarat pakej ini adalah tertakluk juga kepada terma & syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh pihak TM.


Baca Lagi....

Sambutan Hari Ulang tahun guru & kakitangan

7 Nov 2010 - Majlis sambutan hari ulang tahun khas untuk guru dan kakitangan telah diadakan di perkarangan bilik guru baru-baru ini. Majlis yang dilangsungkan secara sederhana ini adalah untuk meraikan guru dan kakitangan yang menyambut hari lahir mereka pada bulan Ogos, September, Oktober dan November. SELAMAT HARI LAHIR BUAT SEMUA......


Baca Lagi....

Majlis Makan Malam Pengawas 2010

8 Nov 2010 - Majlis Makan Malam ' Untaian Kasih" anjuran Badan Pengawas telah diadakan di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu. Majlis ini adalah acara tahunan bagi meraikan semua pengawas SMKB. Tahniah kepada Badan Pengawas kerana berjaya menganjurkan majlis ini.


Baca Lagi....

03 November 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda kali ke 16

3 Nov 2010 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda  kali ke 16 telah dilangsungkan dengan meriah pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh Ybrs Tn. Hj. Saupi b. Majid, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok. Ia turut dihadiri oleh Pn. Soo Ah Khem, NYDP PIBG, para pentadbir sekolah dan semua pelajar. Anugerah diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan penglibatan yang aktif dan terbaik sama ada di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga dengan anugerah pada kali ini akan membangkitkan semangat para pelajar untuk terus mengharumkan nama SMK Bachok pada setiap masa dan ketika. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada para guru yang telah menyumbang khidmat bagi menjayakan majlis ini.


Baca Lagi....

02 November 2010

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar

2 Nov 2010 - Satu siri kursus khas telah diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar berkaitan dengan sahsiah diri agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekarang. Kursus ini diberi nama Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar telah diadakan di Masjid At-Takwa SMK Bachok pada 2 November 2010. Ia adalah anjuran Unit Dakwah dan Bina Insan SMK Bachok. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3. Kem ini bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.40 tengahari.


Baca Lagi....

Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda Kali ke 16

Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda kali ke 16 akan di adakan pada :

Tarikh : 3 November 2010

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Besar SMK Bachok

Dirasmikan oleh : Ybrs. Tn. Hj. Saupi bin Majid

                 Pegawai Pelajaran Daerah Bachok


Baca Lagi....

01 November 2010

SMK Bachok dilanda banjir

31 Oktober 2010 - SMK Bachok dilanda banjir disebabkan oleh hujan yang tidak berhenti-henti sejak jumaat lalu. Ekoran daripada itu, hampir seluruh kawasan sekolah telah dinaiki air. Gambar kawasan sekolah :


Baca Lagi....

25 October 2010

Perjumpaan Guru & Ibubapa Pelajar Cemerlang

25 OKtober 2010 - Satu sesi perjumpaan ibubapa pelajar cemerlang telah diadakan di Bilik Wawasan pada hari ini.

Perjumpaan ini bertujuan untuk member semangat kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba. Para ibubapa dijemput dan diberikan penjelasan berkaitan dengan pencapaian anak masing-masing agar mereka turut sama bergembleng tenaga dan usaha bagi memastikan kejayaan para pelajar.



Baca Lagi....

Majlis Aidil Fitri PPD Bachok

 

02 OKT 2010: Seluruh Warga Pendidik Bachok hari ini berkampung bagi menjayakan Rumah Terbuka Hari Raya peringkat PPD Bachok.
Majlis yang telah menjadi acara tahunan ini turut sama dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Awang Adek B. Hj Hussin, Timbalan Menteri Kewangan dan tetamu-tetamu jemputan yang lain. Kesemua sekolah telah menyediakan hidangan yang sungguh istimewa untuk sama-sama dinikmati oleh sekelian yang hadir, dalam suasana yang mesra dan meriah. Majlis yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Tangok tersebut, menjadi medan perhimpunan terbesar warga pendidik di daerah Bachok.    ( Dipetik terus dari laman PPD Bachok )

 



Baca Lagi....

23 October 2010

Peperiksaan PKBS Akhir Tahun 2010

Peperiksaan akhir tahun telah pun bermula pada hari Khamis 21 Oktober 2010 bagi tingkatan 4. Peperiksaan untuk tingkatan lain akan bermula pada minggu hadapan. Adalah diharapkan agar para pelajar dapat menumpukan perhatian dan memberikan yang terbaik untuk peperiksaan pada kali ini. Semoga berjaya!!!


Baca Lagi....

Laman Blog Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Para pelajar terutamanya tingkatan 4 dan 5 boleh melayari laman blog PSK SMK Bachok. Laman ini mengandungi maklumat dan bahan yang boleh dikongsi bersama. Selamat belajar.


Baca Lagi....

Jamuan Akhir Tahun 2010-2K2 di RFC

Tahniah kepada para pelajar tingkatan 2K2 sesi 2010 yang telah mengadakan majlis jamuan akhir tahun pada 23 Oktober 2010 di Radix Fried Chicken ( RFC ) Kubang Kerian.



ImageShack®




Baca Lagi....

Majlis Makan Malam MPPPU 2010

Pada 22 Oktober 2010, Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U dengan jayanya telah mengadakan majlis makan malam di Dewan SMK Bachok. Majlis ini adalah rutin tahunan dan diadakan pada setiap tahun. Majlis dihadiri oleh Pengetua, Tn. Hj. Ahmad b. Abdullah, Pn. Hjh. Pinah bt. Bakar ( PK HEM ), guru-guru kanan, kaunselor, tenaga pengajar tingkatan 6. Pelbagai acara yang menarik telah diatur bagi memeriahkan majlis pada kali ini.



ImageShack®



Baca Lagi....

14 October 2010

Pemain bolasepak sekolah yang mewakili negeri Kelantan


1. Mohd. Yusri b. Abdul Rahman
- Mewakili Kelantan untuk Kejohanan MSSM 2010

2. Mohd. Alif Imran b. Mohd. Tamin

- Mewakili Kelantan untuk Kejohanan MSSM 2010



3. Mohammad Hakman bin Ab. Hadi
- Mewakili Kelantan untuk Piala Presiden 2010











Baca Lagi....

Program Pembangunan Bola Sepak 2010-2012


SENARAI NAMA PEMAIN PUSAT LATIHAN DAERAH SMK BACHOK 2010

TINGKATAN 1

1. MUHAMMAD SYAHMI

2. MUHAMAD NAZMI

3. MUHAMAD FARIS AIMAN

4. MUHD IZZUL AIMAN

5. AHMAD RADHI

6. MUHD AMIRUL IZHAN

7. MOHD RAMDAN FAA’EZ

8. MUHD AMMAR ARIF

9. MUHAMMAD ZHARIF

10. MOHD ALIF AHMAD

11. SYAHMI AFANDI

12. W. MOHD ABALKHIR W. HISAMUDIN

13. MUHAMAD DAWIRA RUZI ABDULLAH

14. MOHAMAD SYAHIRAN ISMAIL

15. M. NADZIM M. BASRI

16. MD NAJIB B. MOHD NASHIR


MATLAMAT :

Menjadi Johan Peringkat umur 15 tahun PPD Bachok pada tahun 2012.




Baca Lagi....