|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

24 December 2010

Tahniah kepada pelajar PMR 2010

23 Disember 2010 : Satu keputusan yang cemerlang dan amat membanggakan telah dicapai oleh pelajar-pelajar PMR 2010. Seramai 43 orang calon yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan semua dengan memperolehi keputusan 'Straight A' di dalam PMR 2010. Satu keputusan dan hasil yang cemerlang dengan mengekalkan keputusan 100% lulus pada peperiksaan kali ini. SMK Bachok juga telah menjadi sekolah terbaik peringkat PPD Bachok dan juga telah berjaya mendapat tempat Pertama peringkat negeri Kelantan bagi kategori sekolah harian. Sekalung tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada Perancang PMR yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan calon-calon PMR  tahun ini. Syabas dan terima kasih yang tidak berbelah bagi khas buat guru-guru yang bersengkang mata, tidak mengenal erti jemu di dalam mendidik para pelajar bagi menghasilkan kejayaan. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa, Jabatan Pelajaran Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok yang sentiasa berganding bahu, berkerjasama bagi memastikan anak-anak pelajar berjaya di dalam PMR 2010.

Syabas dan Tahniah buat Pengetua, PKP,PK Hem,PK Ko, Guru-guru Kanan, Kaunselor, Perancang PMR,Guru-guru tingkatan 3 dan semua guru di SMK Bachok.

0 comments: