|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

30 December 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Pulang, selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2010 kepada semua guru dan pelajar. Semoga sesi baru ini bakal menghasilkan kejayaan buat kita semua.


Baca Lagi....

19 November 2009

Semoga Berjaya….

 

exam

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2009


Baca Lagi....

17 November 2009

Mesyuarat Guru Akhir Tahun 2009

Mesyuarat akan diadakan pada hari Selasa 17 November 2009 bertempat di PSS sekolah. Semua guru diwajibkan hadir.


Baca Lagi....

Selamat bercuti

Sekolah akan bercuti bermula pada 20 November 2009 hingga 2 Januari 2010. Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar. Sewaktu bercuti, isikan masa yang terluang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah dan dapat membantu diri serta keluarga. Jaga keselamatan diri semasa bercuti, sentiasalah membuat ulangkaji sebagai persediaan untuk sesi 2010. SELAMAT BERCUTI…


Baca Lagi....

Restu Ilmu SPM & STPM

Majlis restu ilmu buat calon-calon SPM dan STPM telah diadakan pada 15 November 2009. Selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2009. Semoga para pelajar dapat mencipta sebuah kejayaan untuk diri, keluarga, dan sekolah. Harumkan nama sekolah dan hadiahkan kejayaan buat semua. Semoga berjaya!!!!!


Baca Lagi....

Selamat menduduki peperiksaan

Salam buat semua pelajar yang dihormati…Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun 2009, adalah diharapkan agar peperiksaan yang diduduki ini bakal menjadi pencetus kejayaan buat para pelajar semua.


Baca Lagi....

29 September 2009

Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis sambutan hari raya peringkat sekolah akan diadakan pada hari Khamis 1hb Oktober 2009.


Baca Lagi....

27 September 2009

Selamat Kembali ke Sekolah

Hari ini, sekolah dibuka semula seperti biasa selepas bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri. Adalah diharapkan agar para pelajar dapat menyesuaikan diri semula selepas bercuti.
Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Pn. Rabiah Seman ( pekerja makmal ) yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 September 2009. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Baca Lagi....

16 September 2009

Perhimpunan Khas

Suasana kedatangan Syawal makin dirasai. Esok adalah hari terakhir persekolahan di bulan Ramadhan dan Syawal akan menjelma. Satu perhimpunan khas akan diadakan pada 17 September 2009 bertempat di dewan sekolah. Perhimpunan ini bertujuan untuk memudahkan warga sekolah bermaafan sempena kedatangan Syawal. Di samping itu juga, pihak pentadbir mempunyai amanat yang akan disampaikan sempena cuti raya ini.

Di kesempatan ini, saya selaku pentadbir laman ini ingin memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan. Selamat Hari Raya buat semua.


Baca Lagi....

13 September 2009

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini


Baca Lagi....

06 September 2009


Baca Lagi....

03 September 2009

Tahniah!! Cikgu Ana


Tahniah diucapkan kepada Pn. Rohana Mamat selaku Guru Kanan Vokasional Teknik SMK Bachok yang telah dilantik sebagai Penolong Kanan KO-Kurikulum di SMK Long Yunus. Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga di atas sumbangan yang diberikan selama berada di sini. Kami warga SMK Bachok mengharapkan agar Pn. Rohana dapat menjalankan tugas di tempat baru. Sayonara!!


Baca Lagi....

Perubahan Pentadbiran


Satu rombakan kecil pentadbiran telah dibuat supaya dapat memantapkan lagi aliran pentadbiran di SMK Bachok. Pengisian jawatan tertentu telah diumumkan oleh Tn. Pengetua.

Pn. Hjh. Pinah bt. Bakar (gambar) telah dilantik sebagai Penolong Kanan HEM menggantikan Pn. Hjh. Normah bt. Mat yang dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 DG 52. Sementara itu jawatan Penolong Kanan Ko masih lagi belum diisi.


Baca Lagi....

30 August 2009

1 Malaysia


1Malaysia -


Baca Lagi....

Peperiksaan Percubaan

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan percubaan SPM dan STPM bermula pada 1 September 2009


Baca Lagi....

Perhimpunan Khas Sambutan Kemerdekaan ke-52

Satu perhimpunan khas telah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52. Perhimpunana dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Selepas itu, perhimpunan diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran dan perutusan daripada DYMM Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan.
Kesemua perutusan ini disampaikan oleh Guru Kanan Bahasa, Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua.
Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan dan laungan Merdeka.


Baca Lagi....

17 August 2009

Awas!!! H1N1..

H1N1 a.k.a " Selsema Babi ". Semua orang tahu dan dunia gempar kerananya. Namun setakat manakah kemampuan kita sebagai seorang pelajar untuk membantu mengurangkan dan mengatasi penyakit ini? Penularan wabak Influenza A kian meningkat dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu mengetahui etika ketika batuk. Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Melalui cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang lain turut dijangkiti. Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus menular.

Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak. Kemungkinan juga berlaku kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda positif kepada wabak ini. Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan, cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.


Baca Lagi....

Cuti H1N1

SMK Bachok diarahkan bercuti bermula 9hb Ogos-13hb Ogos 2009 kerana penularan penyakit H1N1. Adalah diharapkan para pelajar dapat menjaga diri dan berada di rumah pada setiap masa selama tempoh 'bercuti' ini.


Baca Lagi....

29 July 2009

Tarikh Peperiksaan Awam 2009

Tarikh-Tarikh Peperiksaan Awam 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan bagi tahun 2009 iaitu untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM. Manakala Majlis Peperiksaan Malaysia pula telah mengeluarkan jadual peperiksaan untuk STPM dan MUET. Semoga ini akan menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

UPSR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis 8 – 10 September 2009

PMR – Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis 7 – 9 Oktober 2009
12 – 13 Oktober 2009


SPM – Sijil Pelajaran Malaysia
Amali 20 – 22 Oktober 2009
26 – 27 Oktober 2009
Ulangan 23 – 24 Jun 2009
Ujian Bertulis 19 November – 16 Disember 2009

STAM – Sijil Tinggi Agama Malaysia
Ujian Lisan 13 – 24 Julai 2009
Ujian Bertulis 19 – 21 Oktober 2009

STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ujian Lisan 15 – 17 September 2009
28 – 30 September 2009
Ujian Bertulis 18 November – 10 Disember 2009

MUET – Malaysian University English Test
Pertengahan Tahun Akhir Tahun
Ujian Speaking 5 – 7 Mei 2009 6 – 8 Oktober 2009
11 – 13 Mei 2009 20 – 22 Oktober 2009
Ujian Bertulis 25 April 2009 7 November 2009


Baca Lagi....

26 July 2009

Penghayatan Israk Mikraj

Sambutan penghayatan sempena Israk dan Mikraj telah diadakan pada 26 Julai 2009 bertempat di Dewan SMK Bachok. Ceramah berkaitan telah disampaikan oleh Pegawai Agama daripada JPP Kelantan.


Baca Lagi....

15 July 2009

Cuti Peristiwa

Sekolah bercuti pada hari ini Selasa 14 Julai 2009


Baca Lagi....

05 July 2009

Perhatian kepada semua warga SMK Bachok, sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan, ulasan atau sebagainya untuk dikongsi bersama, anda boleh menghantarkan maklumat melalui email webmastezz@gmail.com . Terima Kasih.


Baca Lagi....

29 June 2009

Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Influenza A (H1N1) Untuk Semua Sekolah


Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Influenza A (H1N1) Untuk Semua Sekolah

Kenyataan Akhbar


1. Sepertimana kita sedia maklum, bilangan kes yang telah disahkan positif jangkitan penyakit Influenza A (H1N1) telah meningkat di negara kita. Pada 22 Jun lalu sebanyak empat (4) kes pertama yang melibatkan murid sekolah telah di kesan di beberapa buah sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Dua buah sekolah iaitu SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SK Asunta 2, Petaling Jaya telah diarahkan tutup selama seminggu.

2. Manakala murid-murid di dua buah sekolah di negeri Selangor iaitu SMK Seksyen 9 dan SMK Damansara Utama di mana seorang daripada rakan di dalam kelas mereka telah disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1), dan telah mendapat rawatan di hospital. Walaubagaimanapun kedua-dua buah sekolah ini tidak ditutup.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk meyakinkan kepada semua ibubapa supaya tidak panik kerana langkah-langkah proaktif yang diambil ini adalah merupakan langkah berjaga-jaga. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan nasihat Kementerian Kesihatan yang sentiasa membantu dengan memberi khidmat kepakaran mereka dalam menangani kes ini di sekolah-sekolah.

4. Pada kesempatan ini sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua Guru Besar dan Pengetua sekolah supaya mengambil tindakan berikut dengan segera bagi memastikan Influenza A (H1N1) tidak menular di sekolah-sekolah:

Sekolah diminta memantau setiap hari jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam panas dan selsema pada diri pelajar dan warga sekolah hendaklah segera dirujuk kes kesihatan mereka ke hospital dengan segera ;

Sekiranya pelajar/ warga sekolah disahkan telah dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1) maka tindakan berikut hendaklah diambil:
- merujuk kepada hospital terdekat untuk tindakan ‘kuarantin’;
- hubungi keluarga pelajar/ warga sekolah berkenaan;
- membantu pihak hospital untuk mengenalpasti orang-orang yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan.
- Menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

5. Bagi menangani isu ini semua sekolah hendaklah memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, terutamanya tandas, bilik darjah, kantin, asrama dan sebagainya. Langkah sesetengah sekolah mengambil inisiatif menjalankan pemeriksaan suhu badan pelajar/warga sekolah adalah digalakkan.

6. Adalah dimaklumkan bahawa semua aktiviti sekolah termasuk aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan seperti biasa.


Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 22 Jun 2009





Maklumat Lanjut :
Kementerian Pelajaran Malaysia


dipetik daripada Laman Kem.Pelajaran. Malaysia


Baca Lagi....

25 June 2009

Pautan ke blog

Perhatian kepada para pelajar yang mempunyai laman web@blog peribadi, anda boleh menghantarkan URL laman anda kepada admin untuk dipaparkan di blog sekolah ini. Url yang dihantar perlu disertakan nama penuh berserta dengan tingkatan ke webmastezz@gmail.com


Baca Lagi....

Selsema babi a.k.a H1N1


Apa yg perlu anda tahu?


1. Apakah Influenza A H1N1?

Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).


2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?

Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .

Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.

Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my


4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.

Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.


5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.


6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.


7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.

Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.


8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?

Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.


9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.


10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

• Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.

Dipetik drp : http://www.jomlayan.com/mybb/wabak-influenza-h1n1-selsema-babi-apa-yg-perlu-anda-tahu-t-20892.html


Baca Lagi....

23 June 2009

Projek Khidmas PSK

Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan :
Dilaksanakan 10 jam diluar waktu P&P.
Laporan dihasilkan secara berkumpulan.
Proses menghasilkan laporan bermula:
~ Januari hingga Jun(Tingkatan 3&5)
~ Januari hingga Ogos (Tingkatan 1,2 &4)
Tajuk projek berdasarkan tema yang telah ditetapkan mengikut Tingkatan

Projek PSK yang telah selesai dijalankan :

1. "One Step to The Future" Tingkatan 5S1 - 2 Jun 2009
2. Pameran Kesihatan Tingkatan 5S1 - 17&18 Jun 2009

Layari blog khusus untuk PSK SMK Bachok


Baca Lagi....

16 June 2009

Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

( ulang korus )


Baca Lagi....

Pesko 2009

SMK Bachok akan mengadakan Pesta Ko-Kurikulum bermula pada 17 Jun hingga 21 Jun 2009. Pelbagai aktiviti yang bakal dipertandingkan. Semua pelajar dijemput untuk bersama-sama menjayakan Pesko pada kali ini.


Baca Lagi....

11 May 2009

Abadi Dalam Harum Nama




Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Baca Lagi....

16 MEI

MENGAPA 16 MEI ?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.


Baca Lagi....

22 February 2009

Keylogger

Ia juga dikenali sebagai keyboard logger.Ia dicipta untuk mencuri. Keylogger ini akan merekod keystrokes, mengambil kata laluan anda, nombor akaun bank atau maklumat-maklumat peribadi anda. Caranya ialah apabila anda log in dalam online banking, ia akan rekod no pin anda. Atau apabila anda membuka email anda, ia akan rekod kata laluan anda.. Ia akan rekod segala2nya samada anda online atau offline, dan semua maklumat akan dihantar kepada pencuri ni tanpa pengetahuan dan keizinan anda.


Baca Lagi....

Kenali perosak pc anda!!!!!

Adware

Ia adalah program yang berada di dalam komputer anda, ia hanya menunggu masa untuk anda melayari internet. Selalunya ia terletak pada internet cookies.. Adware akan bertindak menghantar popup, popover dan poppunder ads apabila ia mengesan anda berhubung pada internet.. Adware digunakan untuk pengiklanan sesetengah syarikat.. Ia akan masuk ke dalam komputer anda melalui perisian percuma yang tidak boleh dipercayai, di mana perisian itu diperlukan untuk memasuki sesebuah laman web tersebut.

Diambil drp laman : http://www.azumass.com


Baca Lagi....

Pengenalan

Laman blog..khas utk warga SMK Bachok, ia adalah kesinambungan drp laman rasmi smkbachok.layar.net. Laman ini disediakan khusus untuk berkongsi pengalaman berkaitan dengan p&p, ict dan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan, kerjaya mahupun keluarga.


Baca Lagi....

04 January 2009

Selamat Datang 1420H & 2009

Sedar tak sedar dah nak abis bulan Februari..dah nak masuk bulan ke 3 bg sesi 2009. Sungguh cepat masa berlalu...erm gitu ler lumrah bagi seorang guru...rutin harian mengajar sampai tak ingat masa dah berlalu..
Tahun ni semua guru agak sibuk..tahun yang paling sibuk..bak kata rakan-rakan 'Tertekan'..haha ntah la tertekan per plak..tertekan keyboard ke,kena tekan or di tekan..entah lah...apa yang penting 'KERJASAMA'...janji kerja siap..aku ngan cara aku..malas nk mikir kerja2 yg ntah apa2 ntah...


Baca Lagi....