|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

07 February 2011

Majlis Perpisahan Pn. Hjh. Pinah


7 Februari 2011 - Secara rasminya SMK Bachok telah 'kehilangan' seorang guru yang amat berjasa kepada sekolah ini. Pn. Hjh. Pinah bt. Bakar selaku Penolong Kanan HEM SMK Bachok telah bertukar ke SMK Kubang Telaga menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. Warga sekolah amat terasa di atas 'kehilangan' ini kerana Pn. Hjh. Pinah telah menabur bakti dan jasa selama 25 tahun di sini. Beliau memulakan tugas di SMK Bachok pada 1985 sehinggalah 2011, satu jangka masa yang cukup lama dan amat meninggalkan kesan kepada warga sekolah. Pelbagai rintangan diharungi, pelbagai budi dan jasa ditabur demi menaikkan kegemilangan SMKB. Kami warga SMKB berdoa semoga Pn. Hjh. Pinah dapat meneruskan kesinambungan tugas di sekolah baru. Selamat bertugas di tempat baru, kenang kami dalam doa mu.

0 comments: