|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

16 January 2011

Selamat Bersara Tn. Hj. Mustapai b. Zakaria ~ Guru Kanan Sains Sosial

13 Januari 2011 - SMK Bachok 'kehilangan' seorang rakan guru yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada sekolah. Tn. Hj. Mustapai, telah menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang pendidik setelah menaburkan budi dan jasa selama lebih kurang 30 tahun. Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di Dewan Sekolah pada Khamis 13 Januari 2011 bermula jam 11.30 pagi dan berakhir pada 1.30 tgh. Seterusnya mengiringi beliau terus ke rumah di Kg. Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Tn. Hj. Mustapai telah berada di SMK Bachok bermula pada tahun 1999 sehingga 2011, selama lebih kurang 12 tahun di sini, pelbagai usaha dan kerjasama terbaik telah dicurahkan oleh beliau. Kami warga SMK Bachok, mendoakan agar Tn. Hj. Mustapai dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati olehNya. Jangan lupakan kami di sini. SELAMAT BERSARA......

0 comments: