This is test mail to varify your blog
WPDeals
#54321fatafata$101#2016*$linkeding85
Baca Lagi....
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sambutan Hari Koperasi dan Pesta KoKurikulum Peringkat Sekolah 2013.
Majlis Persaraan Tn. Hj. Mamat bin Hasan
Setelah menabur bakti dan jasa selama 25tahun, maka pada 2hb Julai 2013 tamatlah tempoh perkhidmatan Cikgu Mat di SMK Bachok. Beliau adalah seorang guru yang disenangi ramai, mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Sikapnya yang bersahaja dan lucu serta sentiasa tersenyum membuatkan beliau disayangi oleh semua warga sekolah. Cikgu Mamat memilih untuk bersara wajib sebagai seorang guru. Semoga penat lelah, jasa dan bakti beliau sentiasa dilimpahi berkat oleh Allah s.w.t.
Koleksi gambar-gambar Perkhemahan Perdana Ko Kurikulum 2013
Aktiviti 1Murid 1Sukan - Bulan kecergasan.
Sesi persekolahan dibuka semula setelah bercuti selama 2 minggu. Selamat Kembali ke sekolah..pastinya minggu pertama persekolahan ini akan kembali sibuk bagi para pelajar. Minggu ini bermula pada 13-15 Jun 2013, unit kokurikulum akan mengadakan perkhemahan unit beruniform. Kepada pelajar yang terlibat diminta bersiap sedia untuk menyertai perkhemahan yang julung kali diadakan ini.
Perayaan hari guru 2012 kembali lagi. Tema bagi tahun 2012 adalah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Tarikh
16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai
dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Calon-calon SPM 2011 boleh membuat semakan di sini..Tahniah!!!!
Klik untuk semakan tawaran ke tingkatan 6 2012
Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya buat semua warga SMk Bachok. Jaga diri di sepanjang cuti musim perayaan ini. Sekolah akan mula bercuti pada 26 Ogos 2011 hingga 3 September 2011. SELAMAT HARI RAYA.