Tahukah anda??? 16 MEI - SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai
Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956,
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran
negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru
dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan
guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah
supaya peranan itu lebih berkesan.
Baca Lagi....