|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

16 February 2011

Majlis Khas sempena Maulidur Rasul 2011 meraikan Wee Soo Yen

Picture1 16 Februari 2011 - Majlis Sambutan khas untuk Wee Soo Yen diadakan pada hari ini jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sekolah. Tahniah kepada Wee Soo Yen yang telah terpilih untuk menerima Anugerah Maulidur Rasul 2011 yang telah disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 15 Februari 2011. Kami warga sekolah mengucapkan tahniah di atas anugerah yang telah diterima. Secara tidak langsung, Wee Soo Yen telah mengharumkan nama sekolah di atas khidmat pencapaian beliau di dalam PMR 2010. Tahniah!!!


Baca Lagi....

Wee Soo Yen Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1432H

15 Februari 2011 - wee 2 Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.

“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.

“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.

Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

Wee Soo Yen terkejut terima anugerah Maulidur Rasul

 

MAULIDUR RASUL wee soo yen

Sumber dipetik daripada : MStar Online


Baca Lagi....

13 February 2011

Aktiviti Kem Kepimpinan 2011


Baca Lagi....

Kem Kepimpinan Pelajar 2011

Gambar-gambar semasa kem :

Picture1

DSC02320 DSC02332

DSC02328 DSC02336 

DSC02379 DSC02365


Baca Lagi....

07 February 2011

Majlis Perpisahan Pn. Hjh. Pinah


7 Februari 2011 - Secara rasminya SMK Bachok telah 'kehilangan' seorang guru yang amat berjasa kepada sekolah ini. Pn. Hjh. Pinah bt. Bakar selaku Penolong Kanan HEM SMK Bachok telah bertukar ke SMK Kubang Telaga menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. Warga sekolah amat terasa di atas 'kehilangan' ini kerana Pn. Hjh. Pinah telah menabur bakti dan jasa selama 25 tahun di sini. Beliau memulakan tugas di SMK Bachok pada 1985 sehinggalah 2011, satu jangka masa yang cukup lama dan amat meninggalkan kesan kepada warga sekolah. Pelbagai rintangan diharungi, pelbagai budi dan jasa ditabur demi menaikkan kegemilangan SMKB. Kami warga SMKB berdoa semoga Pn. Hjh. Pinah dapat meneruskan kesinambungan tugas di sekolah baru. Selamat bertugas di tempat baru, kenang kami dalam doa mu.


Baca Lagi....

02 February 2011

Kem Kepimpinan 2011

Kem Kepimpinan Pelajar SMK Bachok 2011 akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 8- 10 Februari 2011

Tempat : Pusat Kokurikulum Tangok, Bachok, Kelantan.

Kem Kepimpinana ini melibatkan pengawas sekolah, pengawas SPBT, PSS, Asrama, Exco Ketina, Ketua tingkatan dan pengawas Ko. Aktiviti yang akan dijalankan adalah kerjasama dengan jurulatih Pusat Kokurikulum. Para pelajar yang terlibat diingatkan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah diberitahu.

Jumpa di Pusat Ko - Selamat Berkursus.


Baca Lagi....