|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

24 December 2010

SMK Bachok Cemerlang PMR 2010

23 Disember 2010 : YABrs. Tn. Hj. Hussain b. Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan telah sudi bertandang ke SMK Bachok bagi menyampaikan keputusan peperiksaan PMR 2010 kepada 43 calon PMR SMK Bachok yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran. Kehadiran Tn. Hj. Hussain diiringi oleh Ketua-ketua Sektor dan juga PPD Bachok. Beliau mendoakan semoga SMK Bachok terus Cemerlang dan Terbilang sesuai dengan misi dan visi sekolah, SMK Bachok Terbilang Menjelang 2013. Majlis penyampaian keputusan peperiksaan PMR telah diadakan di Dewan Besar SMK Bachok dengan disaksikan oleh semua guru dan kakitangan. Syabas!!!!


Baca Lagi....

Tahniah kepada pelajar PMR 2010

23 Disember 2010 : Satu keputusan yang cemerlang dan amat membanggakan telah dicapai oleh pelajar-pelajar PMR 2010. Seramai 43 orang calon yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan semua dengan memperolehi keputusan 'Straight A' di dalam PMR 2010. Satu keputusan dan hasil yang cemerlang dengan mengekalkan keputusan 100% lulus pada peperiksaan kali ini. SMK Bachok juga telah menjadi sekolah terbaik peringkat PPD Bachok dan juga telah berjaya mendapat tempat Pertama peringkat negeri Kelantan bagi kategori sekolah harian. Sekalung tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada Perancang PMR yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan calon-calon PMR  tahun ini. Syabas dan terima kasih yang tidak berbelah bagi khas buat guru-guru yang bersengkang mata, tidak mengenal erti jemu di dalam mendidik para pelajar bagi menghasilkan kejayaan. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa, Jabatan Pelajaran Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok yang sentiasa berganding bahu, berkerjasama bagi memastikan anak-anak pelajar berjaya di dalam PMR 2010.

Syabas dan Tahniah buat Pengetua, PKP,PK Hem,PK Ko, Guru-guru Kanan, Kaunselor, Perancang PMR,Guru-guru tingkatan 3 dan semua guru di SMK Bachok.


Baca Lagi....

23 December 2010

Keputusan PMR 2010

Pemberitahuan : Kepada para pelajar, keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada hari ini 23 Disember 2010. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah bermula jam 10.00 pagi. Harap maklum.


Baca Lagi....