|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

17 November 2010

Tawaran Kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 sesi 2011

Tingkatan 1

Kepada semua calon UPSR 2010 yang berkelayakan, anda dialu-alukan untuk menyambung persekolahan di SMK Bachok bagi sesi 2010.
Keputusan minima UPSR adalah 3A 2B. Borang permohonan boleh didapati di pejabat SMK Bachok dan juga sekolah masing-masing. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Bachok dengan sebrapa segera.

Tingkatan 4 :

Calon-calon PMR 2010 dipelawa untuk mengikuti persekolahan di SMK Bachok bagi aliran Sains dan Sastera Ikhtisas. Bagi aliran Sains Tulen, calon perlulah mendapat sekurang-kurangnya 4A di dalam peperiksaan PMR. Calon perlu memperolehi A di dalam Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan satu matapelajaran lain.

Bagi aliran Sastera Ikhtisas, calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 3A dengan kepujian di dalam subjek Bahasa Melayu. Pertimbangan khusus akan diberikan kepada pelajar yang aktif dan cemrlang di dalam sukan bolasepak.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat SMKB dan kemukakan permohonan terus kepada Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Harap Maklum.


Baca Lagi....

Tahniah Mohd. Rafiq

Tahniah diucapkan kepada pelajar Pendidikan Khas SMK Bachok, Mohd. Rafiq yang telah mendapat pingat perak dalam acara 800 meter Paralimpik Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Kejohanan tersebut telah diadakan di Selangor pada 7-11 November 2010. Beliau juga telah terpilih di dalam pemilihan mewakili negara ke Paralimpik Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China. Semoga Mohd. Rafiq terpilih mewakili negara dan dapat mengharumkan nama Malaysia serta SMK Bachok. Malaysia Boleh SMKB Boleh!!!!!!!!!


Baca Lagi....

16 November 2010

Selamat bercuti

Sekolah akan mula bercuti pada 17 November 2010. Adalah diharapkan agar semua pelajar dapat memanfaatkan masa cuti dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Cuti sekolah bukan bererti cuti segalanya sebagai seorang pelajar. Para pelajar diharapkan dapat mengisi masa dengan menyediakan diri untuk menghadapi sesi yang akan datang.


Baca Lagi....

Selamat hari Raya Aidiladha 2010

Selamat menyambut hari raya Aidiladha pada 17 November 2010 diucapkan kepada semua warga sekolah. Semoga semua pihak mendapat keberkatan dariNya.


Baca Lagi....

10 November 2010

Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia

10 Nov 2010 - Majlis Penyerahan netbbok 1Malaysia telah dilangsungkan di Dewan SMK Bachok pada hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Dato Dr. Ilias bin Husin. Sebanyak 1500 unit netbook akan diagihkan untuk kawasan Bachok ini. Seramai 145 pelajar daripada SMK Bachok terpilih untuk menerima netbbok ini secara percuma.

Pakej Jalur Lebar Netbook 1 Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) akan/telah melaksanakan Program 1 Malaysia Netbook di kawasan luar bandar yang dikenalpasti di seluruh negara. Sebanyak 84,000 buah Netbook akan dibekalkan kepada pelajar melalui 168 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).
Pakej yang ditawarkan adalah:

* Pakej Wi-fi (Hotspot) dengan Netbook (percuma).
* Harga pakej Wi-fi ialah RM 217.20 setahun.
* RM 11.20 bagi 6 bulan pertama, RM 25.00 bagi 6 bulan berikutnya.
* Tempoh minimum langganan adalah selama 12 bulan.
* Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
* Pendaftaran pakej hendaklah didaftarkan atas nama Bapa/Ibu/Penjaga kepada pelajar.
* TM akan menghantar bil bulanan sebaik sahaja perkhidmatan berjaya diaktifkan.
* Sebarang kekurangan/kecacatan Netbook akan ditanggung oleh pihak pembekal sepanjang tempoh jaminan selama 12 bulan.
* Terma & syarat pakej ini adalah tertakluk juga kepada terma & syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh pihak TM.


Baca Lagi....

Sambutan Hari Ulang tahun guru & kakitangan

7 Nov 2010 - Majlis sambutan hari ulang tahun khas untuk guru dan kakitangan telah diadakan di perkarangan bilik guru baru-baru ini. Majlis yang dilangsungkan secara sederhana ini adalah untuk meraikan guru dan kakitangan yang menyambut hari lahir mereka pada bulan Ogos, September, Oktober dan November. SELAMAT HARI LAHIR BUAT SEMUA......


Baca Lagi....

Majlis Makan Malam Pengawas 2010

8 Nov 2010 - Majlis Makan Malam ' Untaian Kasih" anjuran Badan Pengawas telah diadakan di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu. Majlis ini adalah acara tahunan bagi meraikan semua pengawas SMKB. Tahniah kepada Badan Pengawas kerana berjaya menganjurkan majlis ini.


Baca Lagi....

03 November 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda kali ke 16

3 Nov 2010 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda  kali ke 16 telah dilangsungkan dengan meriah pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh Ybrs Tn. Hj. Saupi b. Majid, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok. Ia turut dihadiri oleh Pn. Soo Ah Khem, NYDP PIBG, para pentadbir sekolah dan semua pelajar. Anugerah diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan penglibatan yang aktif dan terbaik sama ada di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga dengan anugerah pada kali ini akan membangkitkan semangat para pelajar untuk terus mengharumkan nama SMK Bachok pada setiap masa dan ketika. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada para guru yang telah menyumbang khidmat bagi menjayakan majlis ini.


Baca Lagi....

02 November 2010

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar

2 Nov 2010 - Satu siri kursus khas telah diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar berkaitan dengan sahsiah diri agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekarang. Kursus ini diberi nama Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar telah diadakan di Masjid At-Takwa SMK Bachok pada 2 November 2010. Ia adalah anjuran Unit Dakwah dan Bina Insan SMK Bachok. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3. Kem ini bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.40 tengahari.


Baca Lagi....

Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda Kali ke 16

Majlis Anugerah Kecemerlangan Muda kali ke 16 akan di adakan pada :

Tarikh : 3 November 2010

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Besar SMK Bachok

Dirasmikan oleh : Ybrs. Tn. Hj. Saupi bin Majid

                 Pegawai Pelajaran Daerah Bachok


Baca Lagi....

01 November 2010

SMK Bachok dilanda banjir

31 Oktober 2010 - SMK Bachok dilanda banjir disebabkan oleh hujan yang tidak berhenti-henti sejak jumaat lalu. Ekoran daripada itu, hampir seluruh kawasan sekolah telah dinaiki air. Gambar kawasan sekolah :


Baca Lagi....