|||Laman blog rasmi SMK Bachok:: emel: smkbachok@gmail.com :: Tel: 097788255|||

29 June 2009

Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Influenza A (H1N1) Untuk Semua Sekolah


Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Influenza A (H1N1) Untuk Semua Sekolah

Kenyataan Akhbar


1. Sepertimana kita sedia maklum, bilangan kes yang telah disahkan positif jangkitan penyakit Influenza A (H1N1) telah meningkat di negara kita. Pada 22 Jun lalu sebanyak empat (4) kes pertama yang melibatkan murid sekolah telah di kesan di beberapa buah sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Dua buah sekolah iaitu SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SK Asunta 2, Petaling Jaya telah diarahkan tutup selama seminggu.

2. Manakala murid-murid di dua buah sekolah di negeri Selangor iaitu SMK Seksyen 9 dan SMK Damansara Utama di mana seorang daripada rakan di dalam kelas mereka telah disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1), dan telah mendapat rawatan di hospital. Walaubagaimanapun kedua-dua buah sekolah ini tidak ditutup.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk meyakinkan kepada semua ibubapa supaya tidak panik kerana langkah-langkah proaktif yang diambil ini adalah merupakan langkah berjaga-jaga. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan nasihat Kementerian Kesihatan yang sentiasa membantu dengan memberi khidmat kepakaran mereka dalam menangani kes ini di sekolah-sekolah.

4. Pada kesempatan ini sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua Guru Besar dan Pengetua sekolah supaya mengambil tindakan berikut dengan segera bagi memastikan Influenza A (H1N1) tidak menular di sekolah-sekolah:

Sekolah diminta memantau setiap hari jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam panas dan selsema pada diri pelajar dan warga sekolah hendaklah segera dirujuk kes kesihatan mereka ke hospital dengan segera ;

Sekiranya pelajar/ warga sekolah disahkan telah dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1) maka tindakan berikut hendaklah diambil:
- merujuk kepada hospital terdekat untuk tindakan ‘kuarantin’;
- hubungi keluarga pelajar/ warga sekolah berkenaan;
- membantu pihak hospital untuk mengenalpasti orang-orang yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan.
- Menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

5. Bagi menangani isu ini semua sekolah hendaklah memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, terutamanya tandas, bilik darjah, kantin, asrama dan sebagainya. Langkah sesetengah sekolah mengambil inisiatif menjalankan pemeriksaan suhu badan pelajar/warga sekolah adalah digalakkan.

6. Adalah dimaklumkan bahawa semua aktiviti sekolah termasuk aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan seperti biasa.


Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 22 Jun 2009





Maklumat Lanjut :
Kementerian Pelajaran Malaysia


dipetik daripada Laman Kem.Pelajaran. Malaysia


Baca Lagi....

25 June 2009

Pautan ke blog

Perhatian kepada para pelajar yang mempunyai laman web@blog peribadi, anda boleh menghantarkan URL laman anda kepada admin untuk dipaparkan di blog sekolah ini. Url yang dihantar perlu disertakan nama penuh berserta dengan tingkatan ke webmastezz@gmail.com


Baca Lagi....

Selsema babi a.k.a H1N1


Apa yg perlu anda tahu?


1. Apakah Influenza A H1N1?

Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).


2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?

Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .

Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.

Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my


4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.

Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.


5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.


6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.


7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.

Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.


8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?

Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.


9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.


10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

• Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.

Dipetik drp : http://www.jomlayan.com/mybb/wabak-influenza-h1n1-selsema-babi-apa-yg-perlu-anda-tahu-t-20892.html


Baca Lagi....

23 June 2009

Projek Khidmas PSK

Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan :
Dilaksanakan 10 jam diluar waktu P&P.
Laporan dihasilkan secara berkumpulan.
Proses menghasilkan laporan bermula:
~ Januari hingga Jun(Tingkatan 3&5)
~ Januari hingga Ogos (Tingkatan 1,2 &4)
Tajuk projek berdasarkan tema yang telah ditetapkan mengikut Tingkatan

Projek PSK yang telah selesai dijalankan :

1. "One Step to The Future" Tingkatan 5S1 - 2 Jun 2009
2. Pameran Kesihatan Tingkatan 5S1 - 17&18 Jun 2009

Layari blog khusus untuk PSK SMK Bachok


Baca Lagi....

16 June 2009

Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

( ulang korus )


Baca Lagi....

Pesko 2009

SMK Bachok akan mengadakan Pesta Ko-Kurikulum bermula pada 17 Jun hingga 21 Jun 2009. Pelbagai aktiviti yang bakal dipertandingkan. Semua pelajar dijemput untuk bersama-sama menjayakan Pesko pada kali ini.


Baca Lagi....